soalan peperiksaan tingkatan tiga

soalan peperiksaan sejarah tingkatan tiga

2011-12-05 14:26

 

 

 

 

 

 

 

SEKOLAH TINGGI CINA SABAH

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR

SEJARAH  TINGKATAN TIGA

Tarikh : 12.12.2011               Masa : 8.45 – 10.00

 

Arahan : Jawab semua soalan.  Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B,C dan D.  Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.  Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.


 

1. Gambar peralatan dibawah merupakan tinggalan manusia pada zaman lampau.

      

Barangan tersebut dikenali sebagai

A  Fosil                                  B  artifak

C  Tembikar                        D  Manuskrip

 

2  Gambar dibawah menunjukkan manusia Zaman Neolitik menghasilkan peralatan batu yang dipanggil beliung?

   

Apakah kegunaan alat tersebut?

i   Menggali tanah             ii  Mengetam kayu

iii Memotong daging       iv Menghaluskan kayu

A  i dan ii    B  i dan iv    C  ii dan iii    D  iii dan iv

 

3  Penemuan berikut berkaitan dengan Lembah Bujang.

  

 

 

Apakah implikasi penemuan tersebut kepada Lembah Bujang?

A  Merupakan kerajaan agrarian

B  Menjadikan pelabuhan entrepot

C  Menggambarkan keagungan seni

D  Menerima pengaruh agama Hindu

 

4  Petikan berikut menerangkan hubungan raja dengan rakyat

“Rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya; jikalau tiada akar, nescaya pohon tiada akan dapat berdiri.”

Apakah nilai yang boleh dikaitkan dengan hubungan tersebut?

A  Kesucian                         B  Kejujuran

C  Kesetiaan                       D  ketekunan

 

5  Maklumat berikut berkaitan bentuk muka bumi Melaka pada awal kurun ke-15.

Parameswara berpendapat bentuk muka bumi Melaka yang berbukit-bukau adalah amat baik.

Apakah kepentingannya?

A  Pertahanan semulajadi

B  Menjadi pembekal hasil hutan utama

C  Menjadi pusat pentadbiran yang strategik

D  Penanda bagi kapal belayar menuju ke Melaka

 

6  Dialog berikut mungkin berlaku di pelabuhan Melaka pada abad ke-15.

Pedagang India        :  Saya ingin berniaga di sini

Pegawai pelabuhan : Sila dapatkan surat kebenaran

                                      terlebih dahulu

Apakah kepentingan surat kebenaran tersebut kepada kerjaaan Melaka?

A  Mengawal urusan perdagangan

B  Menambah sumber pendapatan

C  Mengawas kegiatan pedagang

D  Mengenal pedagang asing

 

7  Jadual  dibawah menunjukkan istilah yang digunakan ketika berutus surat antara kerajaan berikut.

Berutus Surat

Istilah

Melaka dan Pasai

  Salam

Kampar dan Siak kepada Melaka

  Sembah

Apakah yang anda faham dengan penggunaan istilah Salam?

A  menunjukkan kedudukan kerajaan tersebut sama taraf

B  Menunjukkan kedudukan taraf yang lebih rendah

C  Menunjukkan kedudukan ekonomi yang maju

D  Menunjukkan kedudukan yang sama

 

8  Maklumat berikut menggambarkan masalah yang

   dialami oleh kerajaan Melaka pada awal kurun ke16.

*  Konflik antara Tun Mutahir dengan

    Laksamana Khoja Hassan.

*  Raja Mendeliar memfitnah Bendahara Tun

    Mutahir

Apakah kesan daripada keadaan di atas terhadap Melaka?

A  Kedatangan orang Portugis

B  Campur tangan orang Belanda

C  Rakyat Melaka berpecah

D  Keluarga bendahara mewarisi takhta

 

9  Senarai berikut merupakan sebahagian daripada raja dan pemerintah yang datang menghadap sultan Mahmud di Bentan.

*   Maharaja Lingga       * Raja Siak

*  Pemerintah Klang      *  Pemerintah Kampar

* Wakil dari kerajaan Manjung dan Beruas

Apakah tujuan mereka menghadap Sultan Mahmud?

A  Menyatakan sokongan kepada sultan

B  Mengucapkan takziah

C  Melawat sultan yang uzur

D  Menyampaikan rasa simpati

 

10  Apakah kesan perang berikut terhadap Johor?

  Perang Tiga Segi

A  Mengalami perpecahan empayar

B  meluaskan kuasa di Kepulauan Melayu

C  Pusat pentadbirannya sering bertukar tempat

D  Pengaruhnya di perairan Selat Melaka berkembang

 

11  Mengapakah sehingga kini bakal sultan Perak perlu melawat tempat berikut?

    Beting beras basah

A  Makam kerabat diraja Perak

B  Kediaman sultan Perak yang pertama

C  Tempat kelahiran sultan Perak yang pertama

D  Tempat sambutan sultan Perak yang pertama

 

12  Gambar dibawah menunjukkan kraf tangan yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional.

    

A  Berani dan gigih

B  Bijak dan berkebolehan

C  Kemas dan sistematik

D  Kreatif dan berkemahiran

 

13  Senarai berikut digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional.

*    Setanak nasi

*   Sepelaung

*   Sepurnama

Mereka menggunakan perkataan tersebut untuk

A  Mengukur jarak           B  Menyukat beras

C  Mengukur tanah         D  Menimbang bijih timah

 

14  Rajah 4 menunjukkan amalan orang Melanau di Sarawak.

 

 
 

 

 

 


Mengapakah orang Melanau perlu melaksanakan amalan tersebut?

A  Memperoleh hasil padi yang banyak

B  Selamat semasa berada di laut

C  Mengeratkan hubungan

D  Mengelakkan bencana alam

 

 

 

15  Upacara berikut dijalankan oleh orang Kadazandusun di Sabah.

  Upacara Magavau

Apakah tujuan upacara tersebut diadakan?

A  Memilih ratu cantik

B  Membuang kepanasan

C  Memuja roh orang mati

D  Menghormati semangat padi

 

16. Ilustrasi di bawah menggambarkan sultan Abdullah sedang menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 dengan Francis Light.

     

Apakah pepatah yang sesuai bagi tindakan tersebut terhadap Francis Light?

A  Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

B  Bagai menanam tebu di tepi bibir

C  Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

D  Bagai pucuk dicita ulam mendatang

 

17  Maklumat berikut merujuk kepada inti pati petikan surat Stamford Raffles kepada Gabenor SHTI.

Pulau Singapura satu stesen yang penting di Timur.  Kepentingannya sebagai pusat perdagangan tiada bandingannya.

Mengapakah Raffles beranggapan Singapura amat penting?

A  Mampu menyekat monopoli Belanda

B  Selamat daripada ancaman lanun

C  Boleh menghalang kuasa barat lain

D  Berkesan sebagai pangkalan tentera

 

18  Maklumat berikut berkaitan dengan Sungai Linggi.

Sungai Linggi sangat penting kepada Negeri Sembilan pada awal kurun ke-19.

Mengapakah Sungai Linggi amat penting ketika itu?

A  Merupakan kubu pertahanan British

B  Mempunyai sistem kutipan cukai yang sistematik

C  Merupakan jalan perhubungan utama ke pelabuhan Melaka

D  Merupakan pintu masuk utama ke Sungai Ujong

19  Jawatan berikut telah diwujudkan oleh British di Negeri Sembilan.

Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil telah ditempatkan di daerah Rembau, jelebu dan Seri Menanti

 Apakah tugas pegawai tersebut?

i    Memungut cukai

ii   Melantik pembesar daerah

iii  Menasihati pembesar dalam pentadbiran

iv  Menguatkuasa undang-undang British

A   i dan ii      B i dan iv      C  ii dan iii        D  iii dan iv

 

20  Monolog berikut mungkin berlaku di Perak pada tahun 1870-an.

Raja Abdullah: Beta sangat tidak berpuas hati dengan pertabalan  Raja Ismail sebagai Sultan Perak.  Sesuatu mesti dilakukan

Apakah tindakan Raja Abdullah?

A  Mengarahkan British menyerang Raja Ismail

B  Meminta British mengiktirafnya sebagai sultan

C  Mendesak British menolak pelantikan Raja Ismail

D  Menyuruh British merayu Raja Ismail turun takhta

 

21  Dokumen berikut merupakan surat sungai yang dikeluarkan oleh pemerintah kepada orang Cina.

                       

Mengapakah orang Cina memerlukan dokumen tersebut?

A  Tanda pengenalan diri

B  Lesen untuk menguruskan perniagaan

C  Kebenaran untuk menetap

D  Pas memungut cukai

 

22  Tindakan berikut dilakukan oleh John Anderson terhadap Dato’ Abdul Rahman bin Andak di Johor.

Mencadangkan Dato’ Abdul Rahman Andak dibersarakan dan dihantar ke London

 Mengapakah John Anderson bertindak demikian?

A  Menghargai peranan Dato’ Abdul Rahman Andak

B  Sebagai hukuman terhadap Dato’ Abdul Rahman Andak yang dianggap gagal

C  Menjadi wakil sultan Ibrahim di London

D  Mengukuhkan pengaruh British di Johor

 

23  Raja di bawah merujuk kepada usaha keluarga Brooke memantapkan pentadbiran di Sarawak.

  Keluarga Brooke

* Sistem pemerintahan tradisional dikekalkan

* Melantik semula pembesar yang disingkirkan 

   oleh Pangeran Indera Mahkota.

Mengapakah keluarga Brooke bertindak sedemikian?

A  Kekurangan pegawai British

B  Melatih penduduk tempatan mentadbir

C  Mendapatkan sokongan penduduk

D  Menghargai jasa pembesar tempatan

 

24  Ilustrasi di bawah menggambarkan situasi perbincangan antara pangeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke.

       

Apakah pengajaran daripada peristiwa tersebut?

A  Bersatu padu                               

B  Bijak merancang

C  Berfikiran terbuka   

D  Berhati-hati dengan kuasa asing

 

25  Maklumat berikut berkaitan dengan usaha untuk menguasai Sabah.

*  Dent telah menubuhkan Persatuan sementara

    Borneo Utara British Berhad

* Beliau berusaha untuk mendapatkan  Piagam Diraja

   daripada Kerajaan British

Apakah kepentingan Piagam Diraja?

A  Mendapat kuasa membentuk kerajaan

B  Meningkatkan modal perniagaan

C  Kuasa menjual saham

D  Dapat mentadbir Sabah

 

26  Tokoh berikut merupakan Ketua Anak Negeri di Sabah.

OKK Haji Mohammad Arshad

Mengapakah beliau dilantik oleh SBUB?

A  Memudahkan urusan pentadbiran

B  Menjimatkan perbelanjaan pengurusan

C  Memenuhi kehendak penduduk

D  Memberikan pengiktirafan kepada penduduk tempatan

 

27  Senarai berikut merupakan mahkamah yang wujud di Sabah semasa pemerintahan SBUB.

*  Mahkamah Majistret

*  Mahkamah Anak Negeri

Mengapakah mahkamah tersebut diwujudkan?

i     Memberi latihan kepimpinan

ii    Memperoleh sokongan penduduk tempatan

iii   Mematuhi syarat pemberian Piagam Diraja

iv   Menjimatkan kos pentadbiran

A   i dan ii      B i dan iv      C  ii dan iii        D  iii dan iv

 

28  Apakah kelebihan sistem berikut?

H.N.Ridley telah memperkenalkan Kaedah menorah mengikut sistem Ibedem atau sistem tulang ikan herring

A  Menjimatkan masa menorah

B  Menghasilkan susu getah bermutu

C  Meningkatkan pengeluaran susu getah

D  Mengurangkan penggunaan tenaga buruh

 

29  Rajah berikut menunjukkan penubuhan sebuah institusi pendidikan di Tanah Melayu.

    1905

 

Pembinaan Kolej Melayu Kuala Kangsar

Apakah tujuan penubuhan institusi tersebut?

A  Memberikan pendidikan Inggeris kepada anak-anak  

    raja dan golongan bangsawan sehingga ke peringkat

    menengah

B  Membuka ruang kepada penduduk Tanah Melayu

    untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi

C  Memberikan peluang kepada penduduk Tanah

    Melayu untuk menjawat jawatan yang lebih baik

D  Memberikan peluang kepada penduduk Tanah

    Melayu untuk berkhidmat dengan kerajaan

30  Jadual berikut menunjukkan penguasaan pengeluaran bijih timah oleh pelombong Eropah berbanding pelombong Cina pada tahun 1930-an.


Pelombong

Peratus pengeluaran bijih timah

1910

1920

1930

1937

Eropah

22

36

63

68

Cina

78

64

37

32

Mengapakah pelombong Eropah Berjaya mengatasi pelombong Cina?

A  Penggunaan kapal korek

B  Tenaga buruh mencukupi

C  Kerjasama pemimpin tempatan

D  Pengeluaran berorentasikan eksport

 

31  Pernyataan berikut merupakan slogan yang dilaungkan oleh masyarakat Iban.

                         Agi Idup , Agi Ngelaban

Apakah tujuan slogan tersebut dilaungkan?

A  Menentang musuh

B  Mencetuskan semangat

C  Menghidupkan semangat juang

D  Mempertahankan maruah mereka

 

32  Tindakan berikut telah dilakukan oleh British di Terengganu pada tahun 1925.

Memberi konsesi tanah di Kuala Telemong kepada saudagar Cina

Apakah tindak balas penduduk tempatan?

A  Menguasai balai polis

B  Menduduki bangunan kerajaan

C  Membersihkan tanah Tengku Nik Maimunah

D  Mengadakan perbicaraan di Kuala Terengganu

 

33  Rajah berikut menunjukkan satu peristiwa penting yang Berjaya mengubah masa depan beberapa Negara Asia Tenggara.

1905

Jepun menewaskan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun

Apakah iktibar yang dapat diambil oleh penduduk Asia Tenggara daripada peristiwa tersebut?

A  Negara Asia juga boleh mengalahkan kuasa Eropah

B  Sesebuah Negara bertambah kuat dengan kekuatan tentera yang dimilikiya

C  Kekayaan ekonomi mampu memajukan sesebuah Negara

D  Jangan memandang rendah terhadap Negara-negara kecil

 

34  Rajah berikut menunjukkan akhbar dan majalah yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.

  Majalah  /  Akhbar

 

    Neracha                                         Al-Ikhwan

                              Pengasuh

Bagaimanakah kemundurun orang Melayu dapat diatasi berdasarkan idea yang diperjuangkan melalui media cetak tersebut?

A  Pegangan pada kepercayaan tradisional

B  Agama Islam dijadikan sebagia panduan hidup

C  Kemajuan ekonomi

D  Pembelajaran sistem pendidikan Barat

 

35  Mengapakah ramai pemuda Melayu menganggotai Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)?

A  Mewujudkan semangat kebangsaan

B  Mewujudkan semangat kenegerian

C  Menuntut kemerdekaan

D  Mempertahankan hak orang Melayu

 

36  Maklumat berikut menunjukkan tindakan Jepun di Tanah Melayu.

*  Menggiatkan ekonomi sara diri

*  Memberikan layanan baik kepada kaisha

Mengapakah Jepun mengambil tindakan demikian?

A  Menanam sikap berdikari

B  Mewujudkan zon ekonomi

C  Membantu penduduk peribumi

D  Melaksanakan ekonomi kawalan

 

37  Maklumat dibawah berlaku semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Setiap keluarga hanya dibenarkan memiliki dua gantang beras untuk sebulan

Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah syarat sebuah keluarga untuk mendapat bekalan tersebut?

A  Menjadi buruh paksa

B  Menunjukkan kad catuan

C  Memberi maklumat musuh

D  Menganggotai pasukan sukarela

 

38  Maklumat berikut merujuk kepada tujuan British memperkenalkan penubuhan Malayan Union.

*  Menjimatkan perbelanjaan

* Menyeragamkan pentadbiran Negara

* Mengawal kuasa politik orang Melayu

*         X

Apakah X?

A  Menguasai sumber ekonomi

B  Menyekat kemasukan imigran

C  Memajukan sistem perhubungan

D  Menghapuskan ancaman komunis

 

39  Petikan berikut menunjukkan keadaan yang dialami oleh Sultan Kedah.

“Beta telah diberi kata dua dengan mulut dengan masa yang dihadkan dan jikalau beta menolak daripada menurunkan tandatangan …. Pengganti beta yang menurunkan tandatangannya, akan dilantik……”

Apakah peribahasa yang boleh dikaitkan dengan keadaan tersebut?

A  Dianjak layu, dialih mati

B  Tidur tak lena, mandi tak basah

C  Dimakan mati emak, diluah mati bapa

D  Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran

 

40  Petikan berikut merupakan ucapan seorang wakil kanak-kanak semasa Kongres Melayu diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada tahun 1946.

“Wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami membesar”.

Apakah hak yang ingin dipertahankan?

A  Hak pendidikan                            B  Hak keistimewaan

C  Penguasaan politik                     D  Penguasaan ekonomi

 

41  Sekolah berikut telah ditubuhkan di Singapura pada pertengahan kurun ke-20.

  Sekolah Latihan Khas 101

Apakah kepentingan sekolah tersebut?

A  Memupuk semangat patriotik

B  Melahirkan pentadbiran rendah

C  Memberi latihan taktik perang gerila

D  Menghasilkan pelbagai jenis peralatan perang

 

42  Maklumat berikut merujuk kepada tindakan yang diambil oleh British ke atas Tanah Melayu.

Pada bulan jun 1948, Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu.

Mengapakah tindakan tersebut diambil?

A  Mengukuhkan kedudukan politik

B  Mengekalkan perpaduan kaum

C  Melindungi kepentingan ekonomi British

D  Menjamin keselamatan penduduk pinggir hutan

 

43  Gerakan berikut telah dilancarkan di bawah Rancangan Briggs.

  “Gerakan Kelaparan”

Apakah tujuan pelancaran gerakan tersebut

A  Mengelakkan penyakit berjangkit

B  Mengelakkan makanan jatuh ke tangan komunis

C  Menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap

    komunis

D  Memastikan bekalan makanan yang mencukupi

    untuk penduduk kampung baru

 

Memenangi hati dan fikiran rakyat

44  Kempen di atas, telah dilancarkan oleh British pada tahun 1950-an.  Apakah kejayaan kempen tersebut?

A  Penyeragaman sistem pendidikan

B  Peningkatan taraf hidup penduduk luar Bandar

C  Pewujudan kerjasama rakyat melalui parti politik

D  Penyatuan tenaga rakyat untuk menentang komunis

 

45  Jawatankuasa berikut ditubuhkan sebagai langkah awal untuk mewujudkan perpaduan kaum di Tanah Melayu

Jawatankuasa hubungan antara kaum (CLC)

Apakah usaha yang dilakukan oleh CLC untuk mencapai perpaduan kaum?

A  Melonggarkan syarat kerakyatan

B  Menubuhkan sekolah kebangsaan

C  Mengadakan Konferensi Nasional

D  Memberi bantuan ekonomi kepada golongan

    pendatang

 

46  Agensi berikut ditubuhkan pada tahun 1951 sebagai tukar ganti kepada syarat kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan negeri pada tahun 1951.

Lembaga Pembangunan Industri Desa  (RIDA)

Apakah kepentingan agensi tersebut kepada orang Melayu?

A  Mewujudkan perpaduan

B  Meningkatkan hasil pertanian

C  Menaikkan taraf sosioekonomi

D  Melibatkan mereka dalam politik

47   Apakah yang terkandung dalam manifesto Parti Perikatan bagi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

I     Menamatkan darurat

Ii    Mewajibkan pendidikan menengah

Iii   Membangunkan kawasan luar Bandar

Iv   Mencapai kemerdekaan dalam tempoh empat tahun

A   i dan ii      B i dan iv      C  ii dan iii        D  iii dan iv

 

48  Maklumat berikut berkaitan Laporan Razak.

Laporan Razak membenarkan penggunaan bahasa pengantar vernaular selama sepuluh tahun selepas merdeka

Mengapakah Laporan Razak menerima cadangan tersebut?

A  Menjaga keharmonian politik

B  Meningkatkan pelaburan asing

C  Mendapat sokongan kaum pendatang

D  Mengekalkan sumbangan tenaga pekerja

 

49   Berikut menunjukkan Rombongan Merdeka yang berlepas ke London pada awal tahun 1956.

   Rombongan Merdeka

 

4 orang wakil raja-raja Melayu

 

4 orang wakil Parti Perikatan

 

 

 

 

Apakah tanggungjawab utama rombongan tersebut?

A  Meminta bantuan ketenteraan

B  Menuntut kemerdekaan Negara

C  Menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah

    Melayu

D  Menjalin hubungan dengan kerajaan British

 

50  Maklumat berikut merujuk kepada suatu peristiwa penting yang berlaku di Negara kita.

  Tarikh : 20 Febuari 1956

  Tempat : Padang Merdeka, Bandar Hilir.

  Peristiwa :     X

Apakah peristiwa X

A  Pemasyhuran kemerdekaan

B  Penurunan bendera Union Jack

C  Pembentukan Suruhanjaya Reid

D  Pengisytiharan tarikh kemerdekaan

 

 

 

51  Perkara-perkara berikut telah dipinda terhadap Laporan Suruhanjaya Reid.

*  Mewujudkan satu rupa bangsa persekutuan

   Tanah Melayu

* Menjamin kedudukan raja-raja Melayu

Mengapakah perkara tersebut penting kepada Suruhanjaya Reid?
A  Persediaan untuk pilihan raya

B  Penggubalan Perlembagaan Merdeka

C  Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

D  Perancangan Dasar Pendidikan Kebangsaan

 

52  Perkara –perkara berikut telah dipinda terhadap Laporan Suruhanjaya Reid.

*   Bahasa

*   Agama

*   Hak istimewa

Pindaan tersebut bertujuan untuk

A  Memartabatkan bahasa Melayu

B  Memupuk semangat kebangsaan

C  Memuaskan hati semua pihak

D  Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu

 

53  Perkara berikut berkaitan dengan suatu peristiwa bantahan di Sarawak.

*   338 orang guru kakitangan kerajaan meletak

     jawatan.

*  22 buah sekolah kerajaan ditutup

*  56  orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak

    meninggalkan pengajian mereka

Bantahan tersebut dilakukan terhadap

A  Penubuhan Jajahan British Borneo

B  Pengenalan Pentadbiran Tentera British

C  Gerakan Anti Penyerahan

D  Pengeluaran surat pekeliling No. 9

 

54  Maklumat berikut berkaitan dengan Rosli Dhobi.

*   Seorang anggota Rukun Tiga Belas

*  Menggunakan nama samara Lidros

Apakah sumbangan beliau yang paling besar?

A  Mengasaskan Rukun Tiga Belas

B  Memimpin Gerakan Antipenyerahan

C  Membunuh Gabenor Sarawak yang kedua

D  Menganjurkan tunjuk perasaan secara besar-besaran

 

 

 

55  Pemimpin berikut merupakan antara kaum bumiputera dalam pentadbiran di Sabah semasa pemerintahan British.

*   Donald Stephens

*   Tun Datu Mustapha Datu Harun

Apakah peranan kedua-dua pemimpin tersebut?

A  Ahli majlis Negeri

B  Ahli Majlis Tempatan

C  Ahli tidak rasmi Majlis Tertinggi

D  Ahli tidak rasmi Majlis Undangan

 

56  Jadual  berikut menunjukkan perkembangan yang berlaku di Sabah.

  tahun

  Perkembangan

  1950

Pengenalan perlembagaan baharu

  1952

Pilihan raya Majlis Tempatan

  1960

Pindaan Perlembagaan

  1962

Pilihan Raya Majlis Undangan

Mengapakah perkembangan tersebut penting kepada Sabah?

A  Persediaan kearah berkerajaan sendiri

B  Kebajikan peribumi terpelihara

C  Keselamatan dalam negeri terjamin

D  Syarikat Borneo Utara British terbentuk

 

57  Berikut menunjukkan Suruhanjaya Cobbold.

    

Apakah tugas suruhanjaya tersebut?

A  Menggubal Perkara 20 Perkara

B  Merancang sistem pentadbiran Malaysia

C  Merancang ekonomi Sarawak dan Sabah

D  Memimpin pendirian penduduk Sarawak dan Sabah

 

58  Perkara berikut dikemukakan oleh rakyat Sabah.

  Tuntutan 20 Perkara Sabah

Apakah perkara yang terkandung dalam tuntutan tersebut?

I      Agama Islam sebagai agama rasmi

Ii    Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

Iii   Imigresen di bawah kuasa kerajaan negeri

Iv   Dasar pelajaran yang sedia ada dikekalkan

A   i dan ii      B i dan iv      C  ii dan iii        D  iii dan iv

 

 59  Maklumat berikut merujuk kepada tindakan pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PETIR) bertindak demikian?

A  Menarik pelabur asing

B  Memajukan perdagangan

C  Mengimbangi komposisi

D Melemahkan pengaruh komunis

 

  Konsep Malaysian – Malaysia

60   Maklumat di atas merujuk kepada faktor pemisahan Singapura dari Malaysia.

Apakah yang dituntut oleh Singapura?

A  Kuasa imigresen

B  Status pelabuhan bebas

C  Hak sama rata semua kaum

D  Keistimewaan cukai daripada pusat